STR Fasa 2 2026 | Bantuan Tunai Rahmah Untuk Rakyat
Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri sebelum ini pernah melaksanakan skim bantuan kewangan rakyat seperti BSH, BKM, BPN, dan BPR.

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Melalui STR 2025, kerajaan menyalurkan bantuan tunai sehingga RM3,100 kepada golongan B40 bagi meringankan kos sara hidup. Program ini memberi manfaat kepada kira-kira 8.7 juta penerima dengan jumlah peruntukan hampir RM8 bilion.
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 akan disalurkan kepada penerima yang layak selepas pembayaran Fasa 1 selesai. Bantuan ini bertujuan meringankan beban rakyat khususnya golongan B40 dan M40 menghadapi kos sara hidup.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025
Menurut pengumuman rasmi, pembayaran STR Fasa 2 dijangka dikreditkan terus ke akaun bank penerima pada April 2026.
Jumlah peruntukan untuk Fasa 2 ialah RM1.7 bilion, meningkat daripada RM1.5 bilion pada 2024.
Pembayaran dibuat melalui:
- Pengkreditan terus ke akaun bank penerima (bagi mereka yang mempunyai akaun berdaftar).
- Penerima tanpa akaun bank boleh membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Nota Penting: Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui portal.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2026
Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan pembayaran STR Fasa 2 adalah sehingga RM650, melibatkan kira-kira 60% daripada populasi dewasa. Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima. Berikut adalah jadual ringkas:
Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2026 Mengikut Kategori
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran (RM) |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan < RM2,500 | RM150 – RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang (Pendapatan < RM2,500) | RM150 |
Bayaran ini diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, sebagai persiapan rakyat menghadapi perbelanjaan musim perayaan.
Sokongan Kerajaan MADANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal prihatin terhadap rakyat yang berdepan kos sara hidup tinggi.
Peningkatan peruntukan STR dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada tahun 2026 sebanyak 30% kepada RM13 bilion menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Pendaftaran & Semakan STR Fasa 2 2026
1. Pendaftaran STR 2026
- Pendaftaran dibuka sepanjang tahun untuk memberi peluang lebih ramai rakyat memohon.
- Pemohon yang tiada dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan baharu supaya proses verifikasi boleh dijalankan mengikut kategori kelayakan.
2. Semakan Status STR
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui MyKid No.

Langkah-langkah:
- Klik menu “Semakan Status”
- Masukkan Nombor MyKad (12 digit)
- Status kelayakan dan jumlah bayaran akan dipaparkan