FASA 3 STR 2026: Mungkinkah Bayaran Diawalkan Ke Bulan Julai?
Ramai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula tertanya-tanya mengenai status bayaran Fasa 3 bagi tahun 2026. Persoalan utama yang sering dibangkitkan adalah: Adakah kemungkinan bayaran Fasa 3 ini akan diawalkan pada bulan Julai berbanding jadual asal pada bulan Ogos?

Selagi bayaran belum disalurkan, pelbagai spekulasi dan jangkaan akan timbul. Artikel ini akan merungkai persoalan tersebut serta memperincikan baki bayaran yang bakal diterima mengikut kategori masing-masing.
Tarikh Bayaran Fasa 3: Julai atau Ogos?
Seperti yang sedia maklum, Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa bayaran STR Fasa 3 dijadualkan pada Ogos 2026. Manakala, bayaran Fasa 4 pula bakal menyusul pada bulan November.
Untuk menilai sama ada bayaran Ogos ini akan diawalkan ke bulan Julai, kita perlu melihat kepada indikator utama kerajaan: Musim Perayaan.
Kebiasaannya, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengawalkan bayaran bantuan tunai sekiranya terdapat perayaan besar yang diraikan rakyat. Berdasarkan kalendar bulan Julai 2026, tiada sebarang perayaan berskala besar yang lazimnya menjadi faktor kepada pembayaran awal.
Oleh itu, jangkaan buat masa ini adalah kekal pada bulan Ogos 2026. Walau bagaimanapun, keputusan sentiasa tertakluk kepada budi bicara kerajaan. Tidak mustahil pada penghujung Julai kelak, kerajaan mungkin berbesar hati untuk menyalurkannya lebih awal atas faktor-faktor tertentu.
Perincian Baki Bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 (STR 2026)
Bagi penerima yang ingin membuat pengiraan awal, berikut adalah ringkasan baki jumlah bayaran yang masih tersisa untuk diagihkan pada Fasa 3 dan Fasa 4 mengikut kategori kelayakan:
1. Kategori Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 dan ke bawah
| Bilangan Tanggungan | Jumlah Keseluruhan (RM) | Telah Diterima (Fasa 1 & 2) | Baki Pembayaran (Fasa 3 & 4) |
|---|---|---|---|
| Tiada Tanggungan | 700 | 350 | RM350 |
| 1 – 2 Orang | 1,200 | 600 | RM600 |
| 3 – 4 Orang | 1,700 | 850 | RM850 |
| 5 Orang ke atas | Bergantung kpd kelulusan | 1,100 | Rujuk Portal Rasmi |
(Nota: Jumlah tepat bagi tanggungan 5 orang ke atas mungkin berbeza mengikut rekod permohonan individu).
2. Kategori Pendapatan Isi Rumah: RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Tanggungan | Jumlah Keseluruhan (RM) | Telah Diterima (Fasa 1 & 2) | Baki Pembayaran (Fasa 3 & 4) |
|---|---|---|---|
| Tiada Tanggungan | 200 | 200 | Tiada Baki / Selesai |
| 1 – 2 Orang | 450 | 200 | RM250 |
| 3 – 4 Orang | 700 | 350 | RM350 |
| 5 Orang ke atas | 950 | 450 | RM500 |
3. Kategori Warga Emas (Tiada Pasangan) & Bujang
- Warga Emas Tiada Pasangan: Menerima jumlah keseluruhan RM600. Bayaran disalurkan secara seragam iaitu RM150 untuk setiap fasa (Fasa 1 hingga Fasa 4).
- Bujang (21 – 59 Tahun): Tiada peruntukan bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 bagi kelayakan STR 2026.
Semakan Status Kelulusan & Rayuan
Bagi pemohon yang membuat permohonan baharu ataupun rayuan, status anda di portal MySTR kemungkinan besar masih dipaparkan sebagai “Dalam Proses” atau “Dalam Proses Rayuan”.

Status kelulusan terkini berserta maklumat bayaran selalunya hanya akan dikemas kini sehari sebelum atau pada hari pembayaran itu sendiri. Oleh itu, para pemohon disarankan untuk melog masuk ke portal rasmi MySTR secara berkala dari semasa ke semasa menjelang bulan Ogos ini untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.






