Cara Mohon STR 2026: Panduan Lengkap Isi Borang MySTR & Hantar Permohonan
Masih ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya, macam mana sebenarnya nak mohon STR 2026 dengan betul? Adakah perlu isi borang baharu? Atau cukup sekadar kemas kini maklumat lama? Jangan risau, panduan ini akan bantu anda langkah demi langkah dari mula hingga akhir, sama ada untuk isi borang MySTR secara online ataupun hantar permohonan manual di LHDNM atau BSN.
Kerajaan kini mula membuka permohonan sehingga 28 November, jadi anda tidak perlu menunggu, pastikan anda mengisi borang dengan maklumat terkini, supaya bantuan dikreditkan tanpa sebarang masalah.
Mengapa Perlu Mohon STR 2026?
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026) bukan sekadar rutin tahunan, ia adalah peluang penting untuk mendapat bantuan kewangan rasmi daripada kerajaan Malaysia bagi mengurangkan tekanan dalam kehidupan yang semakin meningkat. Permohonan STR boleh dibuat oleh mereka yang belum pernah memohon, serta mereka yang ingin mengemas kini maklumat seperti:
- Tukar alamat tempat tinggal
- Perubahan status perkahwinan (kahwin, cerai, balu, duda)
- Tambah atau buang tanggungan anak
- Tukar nombor telefon
- Kemas kini maklumat akaun bank
Kemas kini maklumat ini penting kerana sebarang perubahan yang tidak dikemaskini boleh memberi kesan kepada kelulusan STR.
Terdapat dua cara untuk membuat permohonan:
- Secara Online melalui Portal MySTR
- Secara Manual melalui Borang Rasmi LHDN
Kita mulakan dengan panduan secara online kerana lebih cepat dan mudah.
Adakah Anda Kepunyaan B40 & M40? Or Nak tahu tarikh STR seterusnya & bantuan lain?
Cara Mohon STR 2026 (Langkah Demi Langkah)
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah utama:
- Dalam Talian (Online) melalui portal rasmi
- Manual (Borang Fizikal) di cawangan LHDNM, UTC, atau pejabat daerah tertentu.
Cara Permohonan Baharu STR di online
Ramai rakyat kini memilih permohonan STR 2026 online registration kerana lebih mudah dan cepat.
Langkah 1: Layari Portal Rasmi STR
- Layari laman web rasmi portal.
- Pada halaman utama MySTR , klik PADA butang Permohonan Baharu 2026.

- klik butang ‘Ya, Teruskan’ untuk meneruskan permohonan baharu, jika anda mempunyai MyKad
- klik butang ‘Application with MyDigital ID’ jika anda mempunyai MyDigital ID.

Langkah 2: Log Masuk / Daftar Akaun MySTR
Isi semua ruangan bertanda (*) kerana ia adalah mandatori.

Masukkan:
- No. MyKad
- Kata laluan
Jika kali pertama, cipta kata laluan yang selamat dan mudah diingat.
Langkah 3: Isi Maklumat Permohonan
Apabila berada dalam akaun:

- Nombor Telefon (rumah & bimbit).
- Pekerjaan: Pilih dari senarai.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (pemohon & pasangan).
- Status Perkahwinan:
- Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- Jika Kahwin, Cerai atau Kematian Pasangan → masukkan tarikh berkaitan.
- Alamat Surat-Menyurat → Isi alamat penuh & poskod. Bandar & negeri dipaparkan automatik.
- Maklumat Akaun Bank → Pilih bank aktif, masukkan nombor akaun.
- Alamat E-mel (jika ada).

Langkah 4: Maklumat Pasangan (jika berkahwin)
- Pilih jenis pengenalan: MyKad/MyPR/MyKAS, Sijil Lahir, atau Pasport.
- Masukkan nombor pengenalan pasangan.
- Jika data wujud di JPN → nama & jantina automatik.
- Jika tidak → maklumat tidak boleh diteruskan kecuali guna sijil lahir/pasport.
- Isi nombor telefon bimbit, pekerjaan, akaun bank & nombor akaun pasangan.

Langkah 5: Lengkapkan Maklumat Anak
- Masukkan nombor pengenalan anak (MyKad atau MyKid sahaja).
- Jika wujud di JPN → nama & umur dipaparkan automatik.
- Jika tidak → tidak boleh diisi.

- Jika nombor pengenalan wujud dalam data JPN:
- Maklumat Nama dan Umur akan dipaparkan secara automatik.
- Maklumat ini tidak boleh diubah oleh pemohon.
- Salinan Sijil Kelahiran Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
- Jika nombor pengenalan tidak wujud dalam data JPN:
- Pemohon perlu isi sendiri maklumat Nama dan Umur secara manual.
- Jika anak telah didaftarkan dalam permohonan lain:

- Sistem akan papar mesej:
Maklumat Anak ini telah wujud sebagai Pemohon / Pasangan di permohonan lain. - ckick “ok”
Langkah 6: Muat Naik Dokumen Sokongan
Pilih jenis dokumen: Senarai dokumen yang dipaparkan bergantung kepada Status Kahwin pemohon:

- Jika Status Kahwin = Kahwin:
- Sijil Kahwin
- Pengesahan Pasangan
- Pengesahan Status Pelajar
- Sijil Lahir Anak
- Jika Status Kahwin = Cerai:
- Sijil Cerai
- Pengesahan Status Pelajar
- Sijil Lahir Anak
- Jika Status Kahwin = Kematian Pasangan:
- Sijil Kematian Pasangan
- Pengesahan Status Pelajar
- Sijil Lahir Anak
Muat naik dokumen

- Pilih fail dokumen yang ingin dimuat naik.
- Saiz fail mesti kurang daripada 3MB.
- Jenis fail yang dibenarkan: PDF, JPG, JPEG, atau PNG sahaja.
- Setelah berjaya dimuat naik, dokumen akan dipaparkan di bahagian bawah skrin.
Langkah 7: Lengkapkan Maklumat Waris

- Pilih jenis waris: Anak Kandung, Anak Angkat, Pasangan, Ibu/Bapa, Adik-beradik, atau Cucu.
- Masukkan jenis & nombor pengenalan waris (MyKad/MyPR/MyKAS/MyKid, Sijil Lahir, Pasport).
- Nama waris dipaparkan automatik jika data wujud di JPN. Jika tidak, isi secara manual.
- Masukkan nombor telefon waris.
Langkah 8: Pengesahan

- Isikan nilai Captcha seperti yang dipaparkan
- jika anda gagal, tetapkan semula Captcha dengan mengklik pada butang “Tetapkan Semula”.
- Jika nilai Captcha yang dimasukkan adalah betul, skrin pengesahan akan dipaparkan untuk mengakui dan menyemak.
Langkah 9: Semak & Hantar Permohonan

- Klik butang ‘hantar’ bagi menyelesaikan permohonan.
Langkah 7: Selepas Penghantaran
Periksa semua maklumat, kemudian klik Hantar. Simpan nombor rujukan untuk semak permohonan STR kemudian.
- Klik “Hantar Permohonan”.
- Sistem akan mengeluarkan Nombor Rujukan Permohonan.
- Simpan nombor rujukan ini untuk semakan pada masa hadapan.
- Semakan keputusan boleh dibuat di menu “Semakan Status” selepas tempoh penilaian selesai.

Jika klik KEMUDIAN, anda masih boleh cetak salinan permohonan di paparan pengesahan.
Permohonan Secara Manual di Kaunter LHDN
Bagi pemohon yang tidak mempunyai akses internet atau menghadapi kesukaran membuat permohonan secara dalam talian, kerajaan menyediakan alternatif untuk Permohonan Baru STR 2026 secara manual.
Kaedah ini sesuai untuk:
- Mereka yang tiada akses internet
- Warga emas yang lebih selesa berurusan di kaunter
- Penerima yang tinggal di kawasan liputan internet terhad
1. Muat Turun Borang Permohonan (BK-01)
Borang permohonan STR boleh diperolehi:
- Di Pejabat LHDN berdekatan
- Di Cawangan UTC
- Di Kaunter bergerak LHDN (sekiranya ada di kawasan anda)
- Muat turun borang PDF di portal MySTR untuk dicetak
Pastikan borang adalah versi terkini, supaya tidak ditolak.
2. Kaedah Penghantaran Borang STR 2026
Selepas borang diisi sepenuhnya, ia boleh dihantar melalui salah satu daripada kaedah berikut:
a. Serahan Tangan (Walk-In): Pemohon boleh menyerahkan borang STR 2026 yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan ke mana-mana:
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
- Pejabat Satelit (PS) HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
b. Penghantaran Melalui Pos: Bagi pemohon di luar kawasan, penghantaran borang secara pos juga dibenarkan. Hantarkan borang lengkap ke alamat berikut:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, Selangor
- Sekretariat STR , Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya
Nota penting:
Penghantaran borang melalui faks atau e-mel tidak akan diterima.
3. Dokumen Sokongan Diperlukan
Isi borang dengan penulisan yang jelas dan tepat. Lampirkan dokumen yang disahkan jika diperlukan:
| Individu | Jenis Dokumen Sokongan |
|---|---|
| Pemohon | • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) • Salinan Sijil Kematian pasangan (JPN); atau • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal & salinan) yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah • Salinan Kad OKU (JKM) bagi pemohon berumur 19–20 tahun pada tahun 2026 |
| Pasangan | • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan yang sah. |
| Anak (Kandung) | i. Salinan Sijil Lahir ii. Salinan MyKad / MyKid |
| Anak (Angkat) | i. Salinan MyKad / MyKid ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN. |
Pastikan semua salinan dokumen adalah jelas, tidak kabur dan disahkan benar sebelum dihantar.
Hantar ke Pejabat LHDN / Kaunter Terlibat
Hantarkan borang dan dokumen sokongan ke:
- Pejabat LHDN berhampiran, atau
- Kaunter rasmi STR di UTC
Pegawai akan menyemak borang sebelum ia diterima untuk pemprosesan.
Apa Perlu Buat Selepas Hantar Permohonan
Selepas anda menghantar permohonan STR 2026, langkah seterusnya ialah menunggu pengesahan rasmi daripada LHDNM. Notifikasi kelulusan biasanya akan diterima melalui Portal MySTR, e-mel berdaftar atau SMS. Tempoh semakan bergantung kepada kelengkapan borang dan dokumen sokongan yang dihantar. Untuk mengetahui sama ada permohonan anda lulus atau masih dalam semakan, layari Portal Rasmi MySTR dan log masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan anda.
Di situ, anda boleh melihat status kelulusan, jumlah bantuan dan tarikh pembayaran STR 2026 mengikut fasa. Jika maklumat anda belum dikemas kini, lakukan segera supaya rekod kekal aktif dan tidak menjejaskan kelayakan bantuan tunai akan datang.
Masalah Biasa Semasa Mengisi Permohonan STR
Walaupun proses permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 direka untuk mudah dan mesra pengguna, masih terdapat beberapa isu teknikal yang sering dihadapi oleh pemohon. Berikut ialah antara masalah paling biasa dan cara cepat untuk menyelesaikannya:
MyKad Tidak Diterima
Sekiranya sistem tidak mengenali atau menolak nombor MyKad, pastikan cip
- MyKad dalam keadaan bersih dan tidak rosak
- Semak juga sama ada nombor 12 digit dimasukkan dengan betul tanpa ruang atau simbol tambahan
Jika masalah berterusan, cuba log masuk semula atau gunakan pelayar lain seperti Chrome atau Edge.
Log Masuk MySTR Gagal
Masalah ini berlaku apabila kata laluan salah atau akaun disekat selepas cubaan gagal berulang kali. Gunakan fungsi “Terlupa Kata Laluan” di portal MySTR dan ikuti langkah untuk menetapkan semula kata laluan baharu melalui e-mel berdaftar. Akaun akan dibuka semula selepas 24 jam jika disekat.
Dokumen Tak Dapat Dimuat Naik
Sekiranya dokumen gagal dimuat naik semasa permohonan, semak semula:
- saiz fail (pastikan di bawah 2MB) dan format fail yang diterima (JPEG atau PDF sahaja)
- Elakkan memuat naik dari telefon jika sambungan internet tidak stabil
- sebaiknya gunakan komputer atau Wi-Fi yang lebih kuat untuk elak ralat sistem.
Kesilapan Biasa Semasa Permohonan STR 2026
Ramai pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mengalami kelewatan atau status “tergantung” kerana kesilapan kecil semasa mengisi borang MySTR. Berikut ialah senarai kesilapan yang perlu dielakkan:
- Maklumat tidak tepat atau tidak lengkap: Nombor MyKad, alamat, atau pendapatan isi rumah diisi salah.
- Status perkahwinan tidak dikemas kini: Masih menggunakan status lama seperti berkahwin, bercerai, atau kematian pasangan.
- Akaun bank tidak aktif atau tidak sepadan: Nama akaun berbeza daripada nama pemohon.
- Dokumen tidak lengkap atau format salah: Fail melebihi 2MB atau bukan dalam format JPEG/PDF.
- Hantar permohonan berulang kali: Penghantaran berganda menyebabkan sistem keliru dan melambatkan proses semakan.
- Menggunakan peranti atau sambungan internet tidak stabil: Mengisi borang melalui telefon dengan capaian internet lemah boleh menyebabkan ralat.
Cara Elak Permohonan Ditolak?
Untuk mengelakkan permohonan STR 2026 ditolak, pastikan semua maklumat peribadi, pendapatan, dan akaun bank diisi dengan tepat dan terkini. Gunakan dokumen sokongan yang sah, elakkan penghantaran berganda, dan kemas kini status perkahwinan atau tanggungan sebelum menghantar borang. Semak semula permohonan anda di Portal MySTR bagi memastikan tiada maklumat tertinggal atau salah.
Tip Cepat Lulus Permohonan STR 2026
Untuk memastikan proses permohonan STR 2026 berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, berikut adalah beberapa petua penting yang sering diabaikan oleh pemohon tetapi boleh mengelakkan kegagalan sistem dan kelewatan semakan:
- Elakkan menggunakan telefon dengan sambungan internet yang lemah. Adalah lebih baik untuk mengisi borang melalui komputer atau tablet dengan akses Wi-Fi yang kuat.
- Semak semua butiran peribadi seperti nama, nombor MyKad, alamat dan pendapatan isi rumah sebelum mengemukakan permohonan. Kesilapan kecil boleh menjejaskan kelulusan.
- Selepas berjaya menghantar, muat turun atau cetak slip pengesahan MySTR sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang pertikaian.
- Jangan serahkan semula borang tanpa sebab kerana serahan berganda boleh mengganggu sistem dan melambatkan proses semakan oleh LHDNM.
- Semak e-mel dan SMS daripada LHDNM
Dengan mengikuti langkah mudah ini, peluang permohonan STR 2026 anda diluluskan dengan cepat dan tanpa ralat akan menjadi lebih tinggi.






