Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026: Panduan Lengkap & Terkini

Selepas keputusan STR 2026 diumumkan, pemohon yang tidak lulus masih mempunyai peluang untuk buat rayuan STR 2026 jika mereka layak. Proses rayuan adalah penting bagi memastikan anda tidak terlepas bantuan tunai Fasa seterusnya.

STR 2026 dibuka sepajang tahun, tetapi terdapat tempoh khusus untuk rayuan permohonan yang tidak lulus selepas keputusan Fasa 1 diumumkan.

Siapa yang Layak & Cara Buat Rayuan Online / Manual

Artikel ini menerangkan siapa yang layak merayu, cara buat rayuan, kod sebab gagal, dan saluran rasmi bantuan.

yang layak untuk rayuan str 2026

Mereka yang Layak Merayu

Rayuan dibuka kepada pemohon STR 2026 yang status permohonannya “Tidak Lulus” selepas keputusan diumumkan

Contoh situasi dibenarkan rayuan:

  • Permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap.
  • Perubahan pendapatan atau status perkahwinan yang tidak dikemas kini di permohonan asal.
  • Perubahan lain yang relevan seperti nombor akaun bank, tanggungan atau dokumen sokongan yang kurang.

Nota: Untuk permohonan STR 2026, anda masih perlu memohon atau kemas kini akaun MySTR, walaupun sudah pernah menerima STR sebelum ini.

Siapa yang TIDAK Layak Merayu

Rayuan tidak akan diterima bagi pemohon yang berada dalam kategori berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia.
    STR hanya untuk warganegara yang menetap di Malaysia.
  • Permohonan ditolak atas sebab pemalsuan dokumen.
    Kes seperti penyata gaji palsu atau maklumat tanggungan tidak benar.
  • Rayuan dibuat selepas tarikh tutup.
    Permohonan rayuan selepas tempoh rasmi (September–Oktober 2026) tidak diproses.

Tarikh Penting Rayuan STR 2026

12 Januari – 30 September 2026 (bagi permohonan yang “Tidak Lulus” selepas keputusan Fasa 1).

Tarikh lain (semak permohonan / kemas kini)

Cara ini boleh membantu juga pemohon yang mahu kemas kini maklumat selain rayuan rasmi.

Cara Buat Rayuan STR 2026

Terdapat dua cara utama untuk menghantar rayuan STR 2026, secara dalam talian atau manual di kaunter.

Rayuan Dalam Talian melalui Portal MySTR

Langkah-langkah rayuan secara online:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Log masuk akaun MySTR menggunakan No. MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Rayuan STR 2026”.
  4. Isikan maklumat baharu yang relevan (pendapatan, status, tanggungan).
  5. Muat naik dokumen sokongan seperti slip gaji, sijil nikah, atau sijil lahir anak.
  6. Klik “Hantar Rayuan” dan simpan resit pengesahan yang dipaparkan.
Rayuan Dalam Talian melalui Portal MySTR

Tempoh pemprosesan: 4–6 minggu selepas tarikh tutup rayuan.

Rayuan Manual (Kaunter LHDNM)

Bagi pemohon tanpa akses internet, rayuan boleh dibuat secara manual di mana-mana:

  • Cawangan LHDNM berhampiran
  • Urban Transformation Centre (UTC)
  • Pejabat Daerah yang dilantik
Manual Rayuan at LHDNM Counter

Dokumen wajib dibawa:

  • Salinan MyKad (pemohon & tanggungan)
  • Slip gaji terkini / surat pengesahan tidak bekerja
  • Dokumen perkahwinan / perceraian / kematian pasangan (jika berkaitan)
  • Penyata akaun bank aktif atas nama pemohon

Kod Sebab Kegagalan Aplikasi STR

Berikut ialah kod kegagalan yang biasa dan langkah penyelesaiannya:

KodPunca KegagalanPenyelesaian Disyorkan
01Maklumat Tidak LengkapSemak semula semua ruangan wajib dan isi dengan betul
02Akaun Bank Tidak AktifKemas kini akaun bank aktif atas nama sendiri
03Status Perkahwinan Tidak SahSertakan sijil nikah atau surat cerai yang sah
04Pendapatan Melebihi HadSertakan slip gaji terkini atau pengesahan kehilangan kerja

Jika kod ralat dipaparkan, pemohon boleh buat rayuan dengan mengemaskini data tersebut melalui MySTR.

Kod Sebab Kegagalan Aplikasi STR

Implikasi STR untuk Fasa 4

Jumlah Jangkaan

Fasa 4 STR 2026 dijangka diagihkan pada November 2026 sebagai bayaran terakhir tahun tersebut kepada penerima yang layak.

Perancangan Kewangan

Gunakan bantuan dengan bijak untuk:

  • Keperluan asas isi rumah (barang dapur, bil utiliti)
  • Pendidikan anak-anak
  • Simpanan kecemasan akhir tahun

arikh Akhir Rayuan STR & Bantuan Rasmi

Saluran Bantuan Rasmi STR

Jika anda perlukan bantuan lanjut, hubungi saluran rasmi di bawah:

Elakkan Penipuan STR (Scam Alert)

Amaran Penting:

  • Jangan klik pautan selain daripada domain rasmi hasil.gov.my.
  • LHDNM tidak akan meminta OTP, nombor akaun, atau kata laluan melalui panggilan telefon, SMS, atau media sosial.
  • Rujuk hanya sumber sahih dari Kementerian Kewangan (MOF) atau LHDNM untuk pengumuman rasmi STR.
AWAS Penipuan STR – Rujuk Portal Rasmi hasil.gov.my

Soalan Tentang Rayuan STR 2026

Tidak. Rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.

Kebiasaannya 4–6 minggu selepas tarikh tutup rayuan.

Tidak, proses rayuan adalah percuma sepenuhnya.

Rayuan mungkin ditolak. Pastikan semua dokumen dimuat naik dengan betul.

Rayuan dibuka kepada pemohon yang tidak lulus atau ditolak tetapi masih memenuhi syarat kelayakan berdasarkan semakan terkini oleh LHDNM.

Log masuk ke portal MySTR → pilih Rayuan STR 2025 → isi semula maklumat lengkap → muat naik dokumen sokongan → tekan Hantar. Simpan resit pengesahan.

Ya. Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, UTC, atau Pusat Khidmat Hasil dengan membawa dokumen sokongan asal dan salinan.

Dokumen seperti sijil nikah/cerai, slip gaji terkini, surat pengesahan tanggungan, penyata bank, dan bukti alamat semasa diperlukan bagi menyokong rayuan anda.

Rayuan dijangka dibuka pada September hingga Oktober 2025, selepas keputusan permohonan utama diumumkan oleh LHDNM.

Kebiasaannya 4 hingga 6 minggu, bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima dan semakan dokumen sokongan oleh pihak LHDNM.

Anda boleh semak status rayuan di portal MySTR dengan log masuk dan pilih menu Semakan Status Rayuan. Status akan dipaparkan sebagai Lulus atau Tidak Lulus.

Antara sebab biasa termasuk maklumat tidak lengkap, akaun bank tidak aktif, pendapatan melebihi had, atau status perkahwinan tidak dikemas kini.

Ya, tetapi anda perlu kemas kini akaun bank aktif atas nama sendiri dan lampirkan penyata terkini semasa menghantar rayuan.

Tidak. Rayuan STR adalah percuma sepenuhnya. Elakkan individu atau laman palsu yang menawarkan perkhidmatan berbayar untuk mempercepatkan proses.

Kesimpulan

Rayuan STR 2026 memberi peluang kedua kepada pemohon yang layak tetapi ditolak atas sebab teknikal atau perubahan status. Pastikan anda menghantar rayuan dalam tempoh yang ditetapkan, lengkap dengan dokumen sokongan, supaya bantuan tunai dapat disalurkan dengan tepat dan cepat.

Rujukan

Similar Posts

Kongsi Pandangan Anda

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

One Comment